Ada orang pilih untuk hidup dalam lingkungan kesenangan dharma (7 kasih dan 6 nafsu) dan ada juga yang memilih untuk bersusah payah lari ke hutan dan bertafakur, semata untuk mencari makna sebenar alam semesta. Pilihan adalah masing-masing.
Dan kalau kamu buang satu peluang keemasan hari ini, mungkin yang lebih baik akan sampai kelak. Kamu tak akan tahu. Tetapi nanti kalau dapat apa yang mahu, janganlah mudah lupa diri. Sebab kalau sekali nikmat itu ditarik, kamu panggil guna bomoh pun memang tak akan datang balik.
Sunday, July 5, 2009
api.api.api.
Menatang yang dia angkat tu, tolong jangan hinggap atas kepala aku.
Hari pertama jaga tapak bina sudah boleh lihat orang terbakar, lari-lari menggelupur tengah panas mencari sejuk air. Aku pula kalut berlari ke kabin cari menatang pemadam api serbuk yang berat macam seguni beras. Tetapi pak guard lah yang paling pandai, awal-awal keluar dan bawa kunci kabin bersama. Lagi menggelupurlah orang terbakar nak tunggu datangnya sejuk. Semua bos-bos duk tengok saja macam ada penggambaran filem Hollywood.
Biasalah, kalau tak kena dekat diri sendiri memang tak akan dapat merasa, kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)