Saturday, January 9, 2010

monolog 4.





malam itu adalah malam loque. jadi segala kata-kata pujangga dia, aku pegang. dan malam itu juga adalah malam di mana satu bintang jatuh gedebuk atas kepala aku. bersama bintang itu ada bungkusan ganja. "gunakan atas kewarasan kau!" katanya (bintang itu) pada aku. seperti kera mendapat pisang, aku sungguh teruja. dan dia tambah lagi, " bila kau gunakan benda karut nih, kau akan boleh terbang. maka carilah aku di langit bila kau senang nanti."
dengan serta merta, ppoooft!!!
dia start enjin kereta, dan meluncur ke langit semula.
p/s: lain kali bila kau oder coke, oderkan aku dope.

Sunday, January 3, 2010

monolog 3.

oh perempuan, sesungguhnya aku ingin kau tahu bahawa sejak pertama kali aku jumpa kau lagi, aku telah lukiskan satu garisan di antara kita berdua. garisan yang sangat halus lagi fragile. garisan itu dimana aku gunakan sebagai satu pedoman dan batas, pada perjanjian aku dengan hukum alam.

dan bersama garisan halus lagi fragile itu juga, aku hadiahkan kau sebuah tukul gergasi. supaya satu hari nanti ketika kau waras berfikir, maka kau guna lah tukul gergasi itu untuk musnahkan segala garisan yang aku pernah bina. pecahkan segala kusta di antara. jadi, tiadanya lagi halangan yang ujud di sepanjang jasad kau dan jasad aku.

persetankan segala hukum alam.


(ptiuh!)

Saturday, January 2, 2010

Hardcore Detonation Kuala Lumpur.




osmantikos,



krupskaya,







pisschrist,








infinite delay,


five, four, three, two, one.

keboom, keboom, keboom!!!

Wednesday, December 30, 2009

monolog 2.

malam tadi sebelum lelapkan mata, si peguam perempuan bisik pada aku; " if it is not legal, make it legal." dah tentulah aku akan pegang kata-kata kau dan gunapakai dalam konteks 'kehidupan kita'.



dan selang beberapa nafas, dia tambah lagi; "ah, kau!! rokok pun tak hisap, ada hati nak bersekedudukan?"

haha.

(cet!)

Monday, December 28, 2009

monolog.

macam aku pernah bilang sama kau. kita ada banyak persamaan. kita suka benda yang sama. kita benci benda yang sama.

cuma ada satu perbezaan,
dimana kau perempuan, dan aku pula lelaki.


which is good for us. :)

Sunday, December 27, 2009

it's chuckmas!!!




41,



killeur calculateur,




akta angkasa,




orbit cinta benjamin,





merry christmas and happy new year!!
whore whore whore!!! (oops!)

love, lust and something in between.

semalam, semasa di tasik.
kita duduk di atas pelantar kayu yang buruk, dan dua pasang kaki mencecah air.
lalu kau kata pada aku: "ini adalah forbidden...kita tidak boleh teruskan..."

senyum tawar saja yang mampu aku bagi kau, masa itu.
kau pernah suka jeans koyak aku.
aku juga suka gaya rambut 60s kau.
apa yang kau maksudkan dengan forbidden?
apa pernah ada polis dalam perhubungan?
yang mendakwa dan menghakimi segala.
kalau ada sekalipun, yang itu mesti sudah korup!

jika kau kata ini adalah lust. aku mungkin diamkan saja.
dan jika kau kata ini adalah love. ya, aku terus berambus!