Wednesday, December 17, 2008

boleh tak..

Untuk seminggu ini..

Aku mahu lari dari bilik sempit sana
Aku mahu lari dari kesunyian konkrit

Aku mahu lari dari kebisingan mesin
Aku mahu lari dari masakan mapley tak mandi
Aku mahu lari dari waktu tidur yang sering diganggu
Aku mahu lari dari world wide web
Aku mahu lari dari akademik
Aku mahu lari dari shaver
Aku mahu lari dari kuala yang berlumpur
Aku mahu lari dari ”kau”..


Untuk seminggu ini..

Biarlah aku tidur nyenyak tanpa wujudnya waktu
Biarlah aku hidup dengan angin desa
Biarlah aku hidup dengan hilaian ketawa keluarga
Biarlah aku hidup dengan musik coal chamber, koffin kanser dan sepultura
Biarlah aku hidup dengan memakan daging merah
Biarlah aku memandu tanpa hala, dan singgah di kampung orang
Biarlah aku berhubung dengan seorang kaum hawa sahaja
Biarlah aku hidup nampak macam miserable
Biarlah aku di sini

No comments: