Sunday, December 21, 2008

nikmat kamu terima ini, bilakah tarikh luputnya?

demi menuju zon selesa,

ada yang sedang meniarap,
ada yang sedang merangkak,
ada yang bertatih.

walaupun perlahan, akhirnya mereka sampai juga ke tempat yang mereka idamkan.
dan, "ahh~" kata mereka, puas.

tetapi apa pula di sebalik mereka yang berselesa di zon selesa?
nikmat yang nyata, tiada syak wasangka.
yang tidak perlu impian, kerana semua berada di tepian.
yang tidak perlu harapan, kerana semua berada di hadapan.
yang tidak perlu usaha, kerana semua berada di tanah rata.

alangkah bertuahnya kamu yang bertuah.
alangkah syukurnya jika kamu tahu bersyukur.
tetapi, kamu tahu kah. nikmat kamu ini bila tarikh luputnya?

No comments: