kadang-kadang, suka juga aku bila melayan orang (bila ada mood lah). Layan orang bercakap, layan orang hina orang, layan orang puji orang, dan layan orang merapu si ikan kerapu.
Aku tak kuat bersembang, tapi aku lebih suka melayan dan mendengar dari orang. Dengan ini aku sedikit sebanyak dapat membaca fikiran orang itu dan personaliti dia lah. Tindakan bermula dengan fikiran bukan? Dan fikiran orang itu aku dapat baca dengan pendapat-pendapat yang diluahkan semasa bersembang.
Hidup banyak pilihan. Dalam satu situasi kamu perlu pilih satu. Jika kamu pilih A, kamu adalah berbeza dengan orang yang pilih B. Begitulah dengan pemikiran. Jika kamu pilih A, fikiran kamu tidak sama dengan yang pilih B. Sama juga lah dengan personaliti.
Kalau kamu perasan, bila kita dengar orang bercerita, kita boleh tahu kan dia berada di sebelah pihak yang mana. Hanya ada dua. Samada pihak lawan atau kawan. Dengan percakapan orang juga kita boleh tahu bahawa seseorang itu pendengki, busuk hati, penyayang atau sebagainya. Itu adalah personaliti.
Ini pada teori aku lah. Jadi kawan-kawan. Janganlah kontol-kontrol atau tapis-tapis bila bercakap dengan aku. Nanti susah aku mahu ditek siapa diri kamu yang sebenar..huhu
p.s: Bila habis bersembang dengan seorang kawan ni, aku selalu kena marah sebab cakap "bye-bye" atau "tata"...dia selalu betulkan aku, bukan "bye2", tapi "see you again". dan bukan "tata", "tetapi "jumpa lagi"... Maksud yang amat besar, walaupun remeh. Kalau kamu perasan lah.
Saturday, January 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wow...kita samar...aku pun lebih suka mendengar dr bercakap...lebih suka diam dari mencelah..dgr jer orang sembang sambil pikir(analisis) orang tu camner...best kan???
Post a Comment