Monday, December 29, 2008
seriusli, tak ada orang akan pecahkan ia di perut, kerana semuanya akan pecahkannya di mulut.
-"aku pegang janji,kata-kata kau tak akan aku bongkar"
-"aku boleh dipercayai,cakaplah apa saja"
-"aku bukan mulut tempayanlah!"
-"cakaplah rahsia kau,aku kan kawan kau.cakaplah cepat"
kamu percaya pada kata-kata manis seperti di atas? jangan jadi bodoh, manusia jujur sudah lama pupus dan luput.
hari ini, satu perkara lagi aku belajar tentang kamus hidup.
Jangan percaya kepada seekor pun manusia. memang tidak boleh dipercayai.
berkongsi rahsia bermaksud, kamu membenarkan rahsia kamu untuk dilelong-lelong,dilolong-lolong,dijual-jual,dihanjeng-hanjeng,digelak-gelak dan di
caci-caci..
terima kasih kerana menjadi pendengar setia,
dan,
terima kasih kerana menjadi mulut tempayan.
Thursday, December 25, 2008
rumah putih paling tinggi
diselangi dengan gelak ketawa berdekah "haahahahahahahaahha!"
aku hanya senyum, diam tanpa kata..
dalam sebuah rumah paling tinggi, adanya lelaki-lelaki baru aku kenal. ada yang berambut afro besar tapi asli, ada yang sedang sembahyang dengan seluar koyak, ada yang berboxer pink.
dan seorang perempuan berseluar senteng, berambut panjang di kedua belah telinganya.
duduk aku hanya dibucu katil, di paling hujung bilik putih itu, dan hanya berpijak dengan sebelah punggung.
"hanjing! hanjing! hanjing! hanjing!" kata mereka lagi.
dan sekali lagi aku hanya senyum, diam tanpa kata..
namun, aku selesa begitu. puas.
Tuesday, December 23, 2008
will comrades be friends?
flyer yang kuning keningan..
halal/hadahari.suci lagi murni.
ni gambar tadi,cuma dipotong.
semoga berjumpa di lain rancangan pula, ya..
:)
sepetang di central market..
Sunday, December 21, 2008
nikmat kamu terima ini, bilakah tarikh luputnya?
ada yang sedang meniarap,
ada yang sedang merangkak,
ada yang bertatih.
walaupun perlahan, akhirnya mereka sampai juga ke tempat yang mereka idamkan.
dan, "ahh~" kata mereka, puas.
tetapi apa pula di sebalik mereka yang berselesa di zon selesa?
nikmat yang nyata, tiada syak wasangka.
yang tidak perlu impian, kerana semua berada di tepian.
yang tidak perlu harapan, kerana semua berada di hadapan.
yang tidak perlu usaha, kerana semua berada di tanah rata.
alangkah bertuahnya kamu yang bertuah.
alangkah syukurnya jika kamu tahu bersyukur.
tetapi, kamu tahu kah. nikmat kamu ini bila tarikh luputnya?
Wednesday, December 17, 2008
kupu-kupu
Masih ingat tika kau mahu menjemput aku keluar?
Dan, ingat lagi kah kau tika aku bilang, aku berada jauh di hutan belantara?
Sebenarnya aku hanya berada di rumah sahaja.
Melayan porno. Sambil milo ais di tangan, dan kacang goreng untuk kunyahan,
Ya, aku tahu kali ini kau datang hinggap di jari aku.
Dan aku juga tahu,
Esok kau mungkin hinggap di jari Adam yang lain.
Kau kupu-kupu.
Kau haru-biru.
Kau memang merapu.
Maaf, zahir kau tidak layak untuk aku anggap kau sebagai rama-rama.
Dan, jika aku mahu inzal sekalipun, tidak akan aku bayangkan muka kau.
give me drugs,honey..
Dengan berlatar belakangkan musik punk rock, brit rock, noise/ambient/pos rok tahap sorga atau hardcore jerit. Beserta jeans koyak, t-shirt kegamaran dan vans old school.
Berikan aku marijuana, LSD, acid, dope, ice, weed, cannabis, morphine, cocain, join dan segala jenis dadah.. (daun ketum tak termasuk, nampak kampung sangat..)
Dan jangan lupa bekalan nikotin dan alkohol yang tak akan putus.
Ditambah pula dengan hubungan kelamin apabila sedang khayalan tinggi. Seperti Sid n Nancy. Hidup memang rock n roll habis lah.
Aku selalu teringin untuk menjalani hidup sebegini. 24jam dalam khayalan tahap tinggi dan dunia luar seakan tidak wujud. Aku juga nak gelak dan ludah-ludah segala rules dan laws yang ada di atas muka bumi ini. Padam segala memori buruk, datangkan segala keinginan selama ini. Owh, memang heaven~
Jadi, siapakah yang sanggup menjadi ’Nancy’ aku?
Sebenarnya, secara kebetulan aku didedahkan dengan dunia stoned ni apabila 5,6 movie yang aku layan dalam dua tiga hari ni semua adalah berkisarkan tentang khayal mengkhayal. Requiem For A Dream, Garden State, Highway, Fear And Loathing In Las Vegas, Garden State dan yang lain aku tak ingat tajuk dia.
Tapi, tak mati cepat pulak aku lah
p.s: dah baca zines “bintang kertas”? sangat-sangat direkomendasikan, memang punk rock habis!
boleh tak..
Untuk seminggu ini..
Aku mahu lari dari bilik sempit sana
Aku mahu lari dari kesunyian konkrit
Aku mahu lari dari kebisingan mesin
Aku mahu lari dari masakan mapley tak mandi
Aku mahu lari dari waktu tidur yang sering diganggu
Aku mahu lari dari world wide web
Aku mahu lari dari akademik
Aku mahu lari dari shaver
Aku mahu lari dari kuala yang berlumpur
Aku mahu lari dari ”kau”..
Untuk seminggu ini..
Biarlah aku tidur nyenyak tanpa wujudnya waktu
Biarlah aku hidup dengan angin desa
Biarlah aku hidup dengan hilaian ketawa keluarga
Biarlah aku hidup dengan musik coal chamber, koffin kanser dan sepultura
Biarlah aku hidup dengan memakan daging merah
Biarlah aku memandu tanpa hala, dan singgah di kampung orang
Biarlah aku berhubung dengan seorang kaum hawa sahaja
Biarlah aku hidup nampak macam miserable
Biarlah aku di sini
suasana hari raya (haji)..
Semasa memandu petang tadi, yang penuh dengan keluarga mak cik aku..
Sepupu aku berumur 5 tahun, lelaki,
“
“Okey” jawab aku, ”tekotekotekotekoteko”sambil memandu.
“Hahahaha..”dorang adik beradik secara langsung, bantai gelakkan aku..
Owh,kote rupanya. Kata hati aku..
Ok,budak kecik. Kamu menang
Selang dua gear aku memandu, budak kecik tadi tanya aku lagi. Selepas dorang habis gelak untuk sesi pertama tadi.
Ish,black metal betul budak kecik ni..
Sunday, November 30, 2008
aku hanya menunggu titik mula..
aku kata: fak yu..
bila dia lalu depan aku,
aku kata: fak yu..
bila dia keluarkan suara,
aku kata: fak yu..
bila dia senyum,
aku kata: fak yu..
sebenarnya, mungkin agak susah untuk kita memadamkan secara langsung ingatan ke atas sesuatu jasad yang kita pernah puja suatu ketika dulu. agak pathetic juga terasa bila "fak yu" itu hanya berlegar di kepala dan bukan dizikirkan dimulut. apa aku takut untuk memadamkan segala?
ini bukan soal aku dengan dia, ini soal aku dengan aku.
perlukan berapa petunjukkah untuk menidakkan sesuatu perkara?
sedapkan hati pasti akan mati.
matikan hati sendiri.
sungguh pathetic..
Monday, November 17, 2008
kamu kejam
uh, memang wangi mata sampai terbeliak..
tak apa, merah sikit je..pas tu berair sikit..
buduh
Friday, November 14, 2008
kanak-kanak
Lari laju-laju dan menghilangkan diri dari pandangan ayahnya, kemudian baring di tengah tempat lalu lalang dengan selamber.Agak-agak kamu, apa yang budak ni tengah buat?
Budak ini ialah sepupu aku dan gambar ni aku amik 4, 5 bulan lepas..apa tengah dia buat tu pun aku tak tahu..Aku suka tengok budak ni, dia macam ada dunia dia sendiri dan tidak kisahkan orang lain..suka explore benda baru dan cepat belajar..
Budak ni juga adalah yang paling rebel dalam keluarga dia..suka kasi problemla senang citer..haha..tapi aku suka tengok dia rebel, tak puas hati je terus buat hal..best kan?
Aku nak tunggu tengok bila dia besar nanti rebel macam mana pulak..kalau abang dia tu selamber saja dia tolak-tolak kepala..tapi kalau dia tolak kepala aku?erm, menangis la dia sebab aku sekeh dia balik..haha..
p.s: kadang-kadang aku cemburu juga pada budak2 sebab tak perlu sakit kepala berfikir macam orang tua(rumah tangga, pasal study dll) kerana yang paling susah nak fikir bagi mereka pun ialah bila mereka tak tahu nak tengok kartun mana satu (sebab banyak sangat) dan bila nak buat pilihan masa nak beli jajan..best kan?
MENGGUNAKAN SERAT SABUT KELAPA UNTUK MENGATASI MASALAH UBAH BENTUK DAN BEKAS RODA
Bab penyelia pula, boleh dikatakan aku bernasib baik lah kerana dapat yang jenis sempoi dan tak banyak songeh. Umur pun tua tak lebih 5 tahun dari aku kot..huhu..biasalah, penyarah baru..aku pun tak tahu nak panggil apa, kadang-kadang main panggil abang je, tapi time serius panggil encik la..tak kene ketuk lak aku nanti..haha..
ok, penyelia aku sempoi..elok dah.. tapi yang tak setel lagi pasal exminer akulah.beliau merupakan bekas ketua jabatan, pentadbir UKM, seorang professor yang merupakan seorang Engineer profesional dan mempunyai pangkat Doctor. Pernah masuk MHI tv3 bincang pasal MRR2 dan pengalaman tak payah cakap lah,tengok janggut dah cukup..mahir dalam pelbagai bidang, perisian, ukur tanah, sistem trafik, pembinaan jalan raya dan apa jadah lagilah..
persoalan sekarang ialah, mampu kah aku nak kelentong orang ni pasal kajian aku masa presentation nanti?
Saturday, November 8, 2008
otak-otak
bagi aku itu bodoh,cara berfikir yang lama dan tidak berkembang..
janganlah menjadi tipikal sangat.apa yang kamu nak agung-agungkan dengan pemikiran cara melayu bawaan datok nenek moyang kamu.
datok nenek moyang kamu pun sudah lama menghilang ditimbus tanah.adakah cara pemikiran kamu tu adalah wasiat daripada datok nenek moyang kamu?
kamu perlu bawa cara pemikiran melayu kuno kamu sampai bila-bila? perlu stick to it sampai mampus?
ini bukan soal bandar atau kampung. aku bercakap atas dasar pemikiran, kerana perubahan pada diri adalah bermula dari cara berfikir masing-masing.
jangan terikat dengan keadaan sekeliling.pendirian diri bukanlah boleh ditentukan oleh orang sekitaran kamu.
melainkan kalau kamu seorang yang tiada pendirian.
mindset kita perlu diubah sebenarnya..
percanggahan pendapat itu satu rahmat..
Monday, November 3, 2008
lompat si katak lompat
gig conquest for death, tapi aku tak tengok dorang pun?apa cerita?
lama dah kan aku tak upload porno untuk tontonan umum?ok,sediakan tisu sekarang (untuk lapa apa yang meleleh)..saksikan
bucit itu boroi..
ada perkara serius yang sering menggangu hidup aku, bagaikan mimpi ngeri bertemu hantu Jason dan Freddy
(Mak Lampir aku tak takut, jerit je lebih..ada ke hantu guna laser?tak gore lah)
setiap kali terfikir masalah ini, aku jadi bad mood,nak marah2..selalu hentak-hentak kaki kat tanah..
ok, masalah aku yang menjadi masalah ini ialah perut aku ni semakin membesar. sumpah, aku tidak mengandung. lagi pun aku tak buat perancangan keluarga pun lagi dengan si girlfriend.
semakin hari, semakin membesar. selalu jugak aku tahan nafas, kempiskan perut. tapi tak mati lah pulak kan aku nak tahan sampai seumur hidup.
tapi aku memilih jalan yang benar. aku reda dan positif thinking. "perut buncit?oh tidak, ini perut sihat sebenarnya..ini trend bapak ayam, nampak ganas".
"seluar da ketat? biasalah,pembesaran aku belum habis lagi"..
tapi sampai bila nak sedapkan hati sendiri yang tersedia tak sedap ni?
selalu jugak aku turun main bola, tapi tak nak jugak dia mengecil.
tiap kali aku mengeluarkan tinja, bersorak gembira aku tanda gembira. tak nak jugak dia mengecil.
tak pa ko perut, berani ko buat aku.
orang kata perut besar tanda bahagia kan. tapi kenapa pula si girlfriend semakin slim je?
oh, mungkin sebab kami belum merancang keluarga pun lagi.
p.s: dah habis ganas dah, pakai baju band gambar tengkorak kejam dan tulisan tajam. pun kena gelak jugak, apa kes bang?..tapi,ketat sangat ke? nampak bentuk perut ke? patutlah kamu gelak..
apa kena kamu ni labu..
dari jauh lagi aku dah perasan dia, tapi asyik du main2 fon saja..
masuk kali ni dah dua kali macam ni.bejalan sambil memicit dan tengok henset dekat2..
time aku tegur baru angkat muka.senyum.
awak memang selalu macam tu ke?
fon awak ada GPS ke?kalau saya ada GPS pun, saya akan tengok depan bila berlajan..
ke awak nak mengelak dari saya? saja-saja buat tak nampak?
ish,janganlah macam tu..kita kan dah besar..yang sudah tu, sudah la ya..
folks, akustik telah meragut jiwa aku~
zolof the rock n roll destroyer - ridin' dirty
wani ardy - orang kecil
Akta Angkasa - Helaian Epilog Teks Ringkas Edisi Kita
municipal waste - Born To Party
Onani - Doralin's First Bukake
tapi yang nombor dua tulah yang aku jatuh cinta sekarang..semua track dari senikatawati buat hati aku cair pada wani ardy..oh,aku jatuh cinta sekali lagi..
Monday, September 29, 2008
manisnya kamu..eh2,manisnya cendol kamu..
dan hari ini aku ditugaskan oleh mak aku untuk pergi beli cendol..aku memang tak pakar langsung dalam bab memilih cendol yang baik/asli/segar/bugar..tapi aku dukung order ini sebagai tanggung jawab..
maka aku pergilah ke bazar ramadan dekat rumah aku ni,walhal dah seminggu lebih aku pulang ke rumah, ni lah pertama kali aku menjunguk ke bazar tersebut..
mak ai,terkejut beruk aku tengok gadis yang menjual satu gerai tu..memang jatuh jantung aku,terpesona dengan dia..comel ya amat..huhu
tapi, kenapalah ramadan hanya tinggal satu hari saja lagi..kalau macam ni lah, aku sanggup hadapi ramadan 60 hari lagi pun tak apa..asalkan aku dapat pergi beli cendol hari-hari kat situ..
ah,sungguh kejam..
tolong pilih baju raya untuk aku..
ramadan pun ala kadar sahaja,terawih pun boleh bilang dengan jari berapa kali aku pergi..sebulan lalu,ada niat berapi nak six pad kan perut. tapi entah,tetap segar bugar jugak perut aku ni..
orang cakap perut lebih, tandanya bahagia..aku?terlebih bahagia?kalau betul begitu,syukurlah..
lagi dua hari,sudah mahu raya..tapi satu sen pun aku tak korbankan lagi untuk raya kali ni..walhal untuk mercun sekali pun..kalau kamu nak tahu,aku memang jenis tak main mercun pun..sekadar maki-maki budak main mercun depan rumah sajalah..
sedangkan orang lain mungkin sudah bersedia dengan empat lima pasang baju dah..
dah seminggu rasanya mak aku bagi duit suruh pergi shoping raya,dan tiap-tiap hari akan tanya aku bila mahu beli baju raya..
last-last, tengah hari tadi aku keluar..
selepas penat putar2 dekat bundle sekitar kota ni, aku balik dengan membawa dua beg super hebat..satu beg kain ala indie(aku nak letak laptop sebenarnya), satu lagi beg ala fotografer(ambik jugak,walaupun aku baru sahaja beli beg porter bulan lepas)..dua2 aku suka..puas hati..
tapi ada ke orang pergi jalan raya bawa beg tak pasal2..?dua pulak tu..ishk..
tak apa lah,sapa suruh tak beli baju raya kan..
Monday, September 15, 2008
death!!
pintu rintangan api-telah mati!
suara anak muda-telah mati!
ila mitra-telah mati!
inikah hidup-telah mati!
at least i speak-telah mati!(ke hidup lagi?)
dan yang terbaru aku dapat tahu ialah devilica dan fujicolor. atas sebab apa, aku sendiri pun tidak tahu. kenapa band yang best-best suka mati awal ya? ke lepas-lepas ni akan buat reunion balik?
dan aku percaya, bila band hebat RIP, akan muncullah band yang lagi hebat serpihan daripadanya. contoh yang mudah ialah at the drive in, berpecah menjadi the mars volta dan sparta. sama juga utarid, serpihannya wujud di dalam killeur kalkulateur, orbit dan kias. dari pintu, wujudnya foliage. tak ketinggalan juga suaram. jadi untuk devilica dan fujicolor ini, kita nantikan sahaja, ya?
p/s: tapi hujan tak mahu mati ka? bila nak mampus weh?
Sunday, September 14, 2008
brader yoga dan brader chan, kamu memang sungguh baik hati..sungguh memang ya amat..
terima kaseh pemotong rambut (macam) cibai..
terima kaseh sterika tanpa wayar..
terima kaseh kemeja bundle jahit sendiri..
dan yang paling Maha,
terima kaseh Tuhan..
truut..truut.."erm,hello.."
suruh aku attend interview minggu depan..
argghh..
memang aku hantar resume tapi aku sikit pun tidak berharap untuk dapat interview tersebut- malas
interview bermaksud kena belajar susun ayat omputeh
interview bermaksud kena iron kemeja awal-awal pagi
interview bermaksud kena pakai formal (kasut kulit, baju masuk dalam)
dan paling aku benci,
interview bermaksud kena potong rambut!!tahi!!
paling aku tak suka; potong rambut pendek2..(aku bukan budak sekolah ok)
fuct..
sikit pun aku tak happy..
hmm,nak pergi interview pun dah malas, tak tahu la macam mana kalau dapat kerja masa habis u nanti..
p/s: si bidadarie dah sound awal-awal, jangan cuba nak pakai kemeja ketat-ketat nanti. "tak payah nak tunjuk rock ke hardcore ke indie ke. interviewer tu bukan budak-budak gig macam 'kamu'! (gantinama manja dirahsiakan)"
cikicikidada
perancangan murni sebelum berbuka puasa: ingat selepas berbuka nanti, nak mandi, sembahyang dan terus mengadap buku atau leptop untuk sambung buat kerja atau study...err,sampai sahur la kunun..
tapi perancangan langsung gagal apabila bekalan air mengalami ganguan..
tak ada kerja lain aku buat sehingga pukul 12.30 malam, melainkan duk berulang alik dari bilik ke tandas semata-mata untuk mengharapkan air mutlak keluar dari pili.
badan melekit ditambah pula isi perut ni mahu keluar..kesudahannya, aku tak dapat buat apa-apa kerja dengan badan yang tidak selesa..
harapan tinggal harapan..
Wednesday, August 27, 2008
dari bangi ke seremban
dari bangi ke pangkor, dari bangi ke tronoh..
Dua hujung minggu berturut yang super bizi dan letih. Dua hujung minggu berturut aku berada di perak. Satunya pergi untuk bermandi bogel di pangkor (plus kenduri, plus jalan-jalan ke kuala kangsar, plus pegi makan laksa& cempedak goreng) dan satu laginya pergi untuk majlis konvo abang aku di UTP.
Penat memang penat, tapi aku memang super minat (gila) travel, walaupun poket kering, esaimen dan final year project berlambak..tapi tak apa, enjoy punya pasal