Wednesday, December 9, 2009

oh, dunia.

Bila aku on kan rekod The Clash, kau tahu inilah masanya.
dan bila aku off kan semua lampu di dunia ni, kau juga tahu inilah masanya.
tempat aku beradu kini bertukar jadi gelanggang kita,
gelanggang yang membalas segala lelah aku kejar kau.

lembut, padat, atmosfera, huruf N, nombor 2, sepet, laju,
cahaya, dinding, nombor 1, huruf W, kurung orang tua,
skinny jeans lipat kaki, t-shirt besar lusuh, pokok bunga,
angkat barang, bangun tidur, bau busuk, jeans biru lusuh,
ayah kau, mak kau, adik kau,exam, cuti semester, konvo,
nafas dan curly.

kini aku dah jumpa. kau jangan lari lagi.

Sunday, November 22, 2009

Kelabu.

Jika aku disuruh untuk pilih antara hitam atau putih, aku akan pilih kelabu.
Sama juga bila mahu minum, dalam kepala aku sentiasa ada nescafe dan milo. Aku akan pilih neslo. Aku selalu pilih apa yang ada di tengah-tengah.

Hitam atau putih. Bagi aku tak ada yang suci atau jalang. Tak ada yang betul atau salah. Tak ada yang bersih atau yang kotor. Semua pilihan yang ada dalam dunia ni semua tak akan memihak pada kita. Dan juga tak kan memihak pada orang lain. Cuma perlu sedikit pandai untuk menggunakan apa yang kita telah pilih. Pilih yang salah sekalipun, jika pandai guna, akan jadi baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.

Gerak hati pun, kadang-kadang sering menipu kita. Patutnya dihalau keluar kalau menderhaka. Ikut dengan buta tuli, kerana kemudaratan masih jauh untuk sampai.

Dan satu hari nanti, mesti aku pening kepala bila disuruh pilih antara hidup atau mati. Apakah di tengah-tengahnya?

Saturday, November 14, 2009

LA QUIETE!



deepset



building of the heartbreaker pyramid




kias fansuri,









god of screamo, la quiete



















crowd,


-percaya atau tidak, la quiete betul-betul datang malaysia.(oh, aku masih tak percaya)
-balik rumah, dengar balik band-band screamo.
-tak tau mahu cakap apa, memang gila babi,gila babi, gila babi, gila babi, gila babi, gila babi, gila babi, gila babi hebat.
-screamo belum mati lah.

Thursday, November 12, 2009

Pekan Frinjan






Untuk kali ini..
Asah sekarang pedang kiamat.
tanam semua periuk api.
dan tetapkan telunjuk di picu.

koyakkan bendera putih kita ada.
dan ranapkan segala hutan belukar,
supaya kita tidak sembunyi lagi.

Wednesday, November 4, 2009

Sunway Family Day












-pertama kali pergi family day untuk diri sendiri.
-dalam ramai-ramai orang, aku bertegur tak sampai 5 orang staff pun.
-main tomahawk bodoh.
-main roller coaster bodoh.
-bikin kepala aku pening lah bodoh.
-suka tengok amoi berbikini tapi tak suka digelar pervert. hua hua hua
-tak berenang sebab tak reti berenang.
-main air hujan sebab tak payah berenang.
-cabutan bertuah, tarik tali, lari dalam guni, bola ping pong, bola kocek, cari duit dalam tepung pe jadah sikit pun aku tak heran. hua hua hua

Saturday, October 17, 2009

Bila hati sudah malap, kepala sudah rabak.








barulah terkial-kial nak cari cahaya.

Tuesday, October 6, 2009

senarai bastard hari ini.

* Order teh o ais, tapi rasa macam ais kosong saja dan straw pula rasa masin tangan mamak.

* Lepas minum teh o ais kosong straw masin, terus pergi mengeluarkan tinja. Tapi alangkah bastard nya air tak ada. Lepas tu terus makan roti macam biasa.

* Terpaksa deal dengan pemandu lori hantar barang yang kerek nak mampus. Tahulah lori kamu besar, tapi kepala tak payah lah besar.

*Dapat kerja banyak. suka. suka. suka.

*Salah buat kerja banyak, kena marah banyak.

*Terpaksa menipu dengan client. (sebenarnya menipu itu adalah salah satu dari cabang seni, juga cabang dosa)

*Claim belum dapat.

*Dapat duit kopi haram.

*Terpaksa deal dengan guard makan gaji buta. Aku bagi makan pasir baru tau.

****




Macem haremm!