Monday, May 4, 2009

aku tahu rahsia kalian.haha

Melangkah masuk ke laman musuh adalah satu langkah yang amat bodoh, kalau tanpa persiapan yang rapi. Tetapi, serapi mana pun tak kan boleh melawan spontan. Kerana spontan itu lebih cool, kata orang kebanyakan. Jadi dengan spontan, langkahlah kamu ke laman musuh dengan rasa penuh akward dan janggal, sambil kata dalam hati “this place is not belong to me!!” sebanyak tujuh kali. Ekpresi muka juga perlu dipilih sebetulnya, supaya dapat menipu musuh mahupun kenalan musuh yang mana merangkap kenalan kamu sendiri. Mereka tertipu atau tidak, itu bergantung kepada kesungguhan urat-urat muka yang membuat muka badut.

“Shhh…” Jangan sampai orang tahu yang kamu bermusuh dengan musuh kamu. Ini antara musuh dengan kamu. Hutang darah, dibayar darah. Tiada kaitan dengan pengembala kerbau. Tiada kaitan dengan kitaran alam yang lain. Ini soal revange.

Dan jika diberi pilihan, aku lebih rela untuk mengejar rusa kelabu rambut curly daripada memanjat gunung semata untuk memanah kucing hutan kurus yang suka main sms.


“Rusa kelabu, tunggu aku!”