Friday, November 14, 2008

kanak-kanak



Lari laju-laju dan menghilangkan diri dari pandangan ayahnya, kemudian baring di tengah tempat lalu lalang dengan selamber.Agak-agak kamu, apa yang budak ni tengah buat?
Budak ini ialah sepupu aku dan gambar ni aku amik 4, 5 bulan lepas..apa tengah dia buat tu pun aku tak tahu..Aku suka tengok budak ni, dia macam ada dunia dia sendiri dan tidak kisahkan orang lain..suka explore benda baru dan cepat belajar..
Budak ni juga adalah yang paling rebel dalam keluarga dia..suka kasi problemla senang citer..haha..tapi aku suka tengok dia rebel, tak puas hati je terus buat hal..best kan?
Aku nak tunggu tengok bila dia besar nanti rebel macam mana pulak..kalau abang dia tu selamber saja dia tolak-tolak kepala..tapi kalau dia tolak kepala aku?erm, menangis la dia sebab aku sekeh dia balik..haha..


p.s: kadang-kadang aku cemburu juga pada budak2 sebab tak perlu sakit kepala berfikir macam orang tua(rumah tangga, pasal study dll) kerana yang paling susah nak fikir bagi mereka pun ialah bila mereka tak tahu nak tengok kartun mana satu (sebab banyak sangat) dan bila nak buat pilihan masa nak beli jajan..best kan?

MENGGUNAKAN SERAT SABUT KELAPA UNTUK MENGATASI MASALAH UBAH BENTUK DAN BEKAS RODA


itulah tajuk tesis yang aku kena buat. tahu tak apa benda tajuk tu cakap?biasalah, tajuk tesis memang panjang macam karangan..ok,tesis aku ni berkenan dengan campuran turapan jalan raya yang menggunakan serat sabut kelapa sebagai bahan tambah. tak tahulah kalau kan dua tiga tahun nanti turapan boleh di campur dengan santan ke, tepung ke kan. tapi masa tu bukan aku dah la, tak kuasa aku nak kaji-kaji benda ni lagi. Kajian aku akan lebih menumpu kepada kebolehan sampel dalam mengatasi ubah bentuk dan bekas roda atau dengan kata lainnya kegagalan pada turapan. perkara yang leceh bagi aku ialah untuk mencari sumber-sumber ilmu. Ye lah, bukan nya orang buat kajian pasal ni hari2 kan..jadi bahan bacaan aku agak terhad, dan terpaksa berusaha keras. Dan lagi satu yang melemahkan aku ialah kajian ini memerlukan kerja-kerja makmal yang lamanya hampir sebulan. Habis burn cuti sem aku, cantik sangat. Sila bayangkan buruh-buruh sedang bekerja menurap jalan di lebuh raya, lebih kurang macam tu lah kerja makmal aku. Bezanya cuma makamal aku ada bumbung dan kipas berhalaju hidup segan mati tak mahu..(sebenarnya banyak je lagi beza dia..hehe)

Bab penyelia pula, boleh dikatakan aku bernasib baik lah kerana dapat yang jenis sempoi dan tak banyak songeh. Umur pun tua tak lebih 5 tahun dari aku kot..huhu..biasalah, penyarah baru..aku pun tak tahu nak panggil apa, kadang-kadang main panggil abang je, tapi time serius panggil encik la..tak kene ketuk lak aku nanti..haha..
ok, penyelia aku sempoi..elok dah.. tapi yang tak setel lagi pasal exminer akulah.beliau merupakan bekas ketua jabatan, pentadbir UKM, seorang professor yang merupakan seorang Engineer profesional dan mempunyai pangkat Doctor. Pernah masuk MHI tv3 bincang pasal MRR2 dan pengalaman tak payah cakap lah,tengok janggut dah cukup..mahir dalam pelbagai bidang, perisian, ukur tanah, sistem trafik, pembinaan jalan raya dan apa jadah lagilah..
persoalan sekarang ialah, mampu kah aku nak kelentong orang ni pasal kajian aku masa presentation nanti?
p.s: gambar di atas menggambarkan kebosanan aku untuk mengadap/mengkaji kajia-kajian lepas...kesian jadi alas saja dan jarang diusik..haha