Monday, September 29, 2008

manisnya kamu..eh2,manisnya cendol kamu..

tinggal sehari saja lagi kita puasa untuk ramadan kali ini..lusa dah nak raya..dan sampai ke saat ini aku tak pergi beli baju raya lagi..huhu..ish, apa nak jadi/apekejadah budak zaman sekarang ni..

dan hari ini aku ditugaskan oleh mak aku untuk pergi beli cendol..aku memang tak pakar langsung dalam bab memilih cendol yang baik/asli/segar/bugar..tapi aku dukung order ini sebagai tanggung jawab..
maka aku pergilah ke bazar ramadan dekat rumah aku ni,walhal dah seminggu lebih aku pulang ke rumah, ni lah pertama kali aku menjunguk ke bazar tersebut..

mak ai,terkejut beruk aku tengok gadis yang menjual satu gerai tu..memang jatuh jantung aku,terpesona dengan dia..comel ya amat..huhu

tapi, kenapalah ramadan hanya tinggal satu hari saja lagi..kalau macam ni lah, aku sanggup hadapi ramadan 60 hari lagi pun tak apa..asalkan aku dapat pergi beli cendol hari-hari kat situ..

ah,sungguh kejam..

tolong pilih baju raya untuk aku..

semangat raya sudah tak hinggap lagi pada aku sejak meningkat remaja..
ramadan pun ala kadar sahaja,terawih pun boleh bilang dengan jari berapa kali aku pergi..sebulan lalu,ada niat berapi nak six pad kan perut. tapi entah,tetap segar bugar jugak perut aku ni..
orang cakap perut lebih, tandanya bahagia..aku?terlebih bahagia?kalau betul begitu,syukurlah..

lagi dua hari,sudah mahu raya..tapi satu sen pun aku tak korbankan lagi untuk raya kali ni..walhal untuk mercun sekali pun..kalau kamu nak tahu,aku memang jenis tak main mercun pun..sekadar maki-maki budak main mercun depan rumah sajalah..
sedangkan orang lain mungkin sudah bersedia dengan empat lima pasang baju dah..

dah seminggu rasanya mak aku bagi duit suruh pergi shoping raya,dan tiap-tiap hari akan tanya aku bila mahu beli baju raya..
last-last, tengah hari tadi aku keluar..
selepas penat putar2 dekat bundle sekitar kota ni, aku balik dengan membawa dua beg super hebat..satu beg kain ala indie(aku nak letak laptop sebenarnya), satu lagi beg ala fotografer(ambik jugak,walaupun aku baru sahaja beli beg porter bulan lepas)..dua2 aku suka..puas hati..

tapi ada ke orang pergi jalan raya bawa beg tak pasal2..?dua pulak tu..ishk..
tak apa lah,sapa suruh tak beli baju raya kan..