Saturday, January 24, 2009

Kamu berdarah A, E, I, O atau U?

kadang-kadang, suka juga aku bila melayan orang (bila ada mood lah). Layan orang bercakap, layan orang hina orang, layan orang puji orang, dan layan orang merapu si ikan kerapu.

Aku tak kuat bersembang, tapi aku lebih suka melayan dan mendengar dari orang. Dengan ini aku sedikit sebanyak dapat membaca fikiran orang itu dan personaliti dia lah. Tindakan bermula dengan fikiran bukan? Dan fikiran orang itu aku dapat baca dengan pendapat-pendapat yang diluahkan semasa bersembang.

Hidup banyak pilihan. Dalam satu situasi kamu perlu pilih satu. Jika kamu pilih A, kamu adalah berbeza dengan orang yang pilih B. Begitulah dengan pemikiran. Jika kamu pilih A, fikiran kamu tidak sama dengan yang pilih B. Sama juga lah dengan personaliti.

Kalau kamu perasan, bila kita dengar orang bercerita, kita boleh tahu kan dia berada di sebelah pihak yang mana. Hanya ada dua. Samada pihak lawan atau kawan. Dengan percakapan orang juga kita boleh tahu bahawa seseorang itu pendengki, busuk hati, penyayang atau sebagainya. Itu adalah personaliti.

Ini pada teori aku lah. Jadi kawan-kawan. Janganlah kontol-kontrol atau tapis-tapis bila bercakap dengan aku. Nanti susah aku mahu ditek siapa diri kamu yang sebenar..huhu



p.s: Bila habis bersembang dengan seorang kawan ni, aku selalu kena marah sebab cakap "bye-bye" atau "tata"...dia selalu betulkan aku, bukan "bye2", tapi "see you again". dan bukan "tata", "tetapi "jumpa lagi"... Maksud yang amat besar, walaupun remeh. Kalau kamu perasan lah.

Thursday, January 22, 2009

pesta kaset 2009..

kata orang,"a picture speaks more than 100 words"kan, jadi perhatikan lama-lama, tunggu sampai ia bercakap.


daighila,


halal/hadhari,


zainichi!,




blood on wedding dress,



killeur calculateur,








josephine,




kias fansuri,



full chin,




dying in motion,




Ok,kali ini aku sajikan dengan porno-porno yang agak banyak. Semuanya energetik dan padu. kalau perhatikan pada foto,memanglah ia tak berkata apa-apa..Tapi kepada sesiapa yang hadir pada gig ini mesti terkesima dengan jeritan-jeritan setiap band. Termasuklah full chin. Siapa cakap singer songwriter tak boleh nyanyi sambil lompat-lompat?

Tapi macam biasa lah, setiap gig di malaysia ni mesti akan mula sekurangnya dua jam lewat. Dan kesan nya pada band-band yang last lah, berapa kerat sangat lah orang akan tunggu..tak pa,baru punk kan..


(untuk gig ini, hail kepada killeur calculateur,full chin dan dying in motion..!!)

Tuesday, January 20, 2009

dari giza ke zazu..







aku: sir,how to build this ah?

jurutera: oh,like this la..bla..bla..bla..easy saja kan?

aku: sir,what is the different of these two beams?

jurutera: this one is..bla..bla..bla..and this one you already know kan?

jurutera: bla..bla..bla..you got the point right?

jurutera: bla..bla..bla..you understand right?

jurutera: bla..bla..bla..another question?




sir, aku tak mahu semua pengetauhan kamu..
30 minit tak sama dengan 30 tahun kan, jadi kita pelan-pelan kayuh,ok?