Saturday, November 8, 2008

otak-otak

percanggahan pendapat itu kata orang rahmat, tetapi kalau pendapat yang kolot dan tidak terbuka pun dikira rahmat kah?

bagi aku itu bodoh,cara berfikir yang lama dan tidak berkembang..

janganlah menjadi tipikal sangat.apa yang kamu nak agung-agungkan dengan pemikiran cara melayu bawaan datok nenek moyang kamu.

datok nenek moyang kamu pun sudah lama menghilang ditimbus tanah.adakah cara pemikiran kamu tu adalah wasiat daripada datok nenek moyang kamu?

kamu perlu bawa cara pemikiran melayu kuno kamu sampai bila-bila? perlu stick to it sampai mampus?

ini bukan soal bandar atau kampung. aku bercakap atas dasar pemikiran, kerana perubahan pada diri adalah bermula dari cara berfikir masing-masing.

jangan terikat dengan keadaan sekeliling.pendirian diri bukanlah boleh ditentukan oleh orang sekitaran kamu.

melainkan kalau kamu seorang yang tiada pendirian.


mindset kita perlu diubah sebenarnya..


percanggahan pendapat itu satu rahmat..

Monday, November 3, 2008

lompat si katak lompat

jum kita kangkang luas-luas..sapa yang paling luas dia menang..yang menang dapat cium kangkang sambil makan nasi kangkang..

p.s: muka aku setaraf dengan selipar ais krim (warna macam ais krim kelapa) kawan aku sajalah..

gig conquest for death, tapi aku tak tengok dorang pun?apa cerita?

gig yang aku pergi secara kebetulan dan tidak dirancang..tapi berpuas hati jugak lah walaupun tidak dapat menonton conquest for death (CFD) pada hari itu..terpaksa kejar tren beb,kalau tak mana aku nak tido?kaki lima MCPA?haha..walaupun sampai lewat dan balik awal,tapi ok jugak lah dapat tegok band2 hebat dari tanah air dan negara jiran..eh,dorang lagi hebat dari CFD apa?

lama dah kan aku tak upload porno untuk tontonan umum?ok,sediakan tisu sekarang (untuk lapa apa yang meleleh)..saksikan

kah-roe-shi




sarjan hassan






dan stuff yang sempat beli..dekat seratus jugak lah habis(tak termasuk tiket)..gila apa? tak apa, aku suka..



bucit itu boroi..

sejak setahun kebelakangan ini, tidur aku tak lena,mandi tak basah..tetapi, bab makan selalu tambah pulak..tak ada masalah..
ada perkara serius yang sering menggangu hidup aku, bagaikan mimpi ngeri bertemu hantu Jason dan Freddy
(Mak Lampir aku tak takut, jerit je lebih..ada ke hantu guna laser?tak gore lah)
setiap kali terfikir masalah ini, aku jadi bad mood,nak marah2..selalu hentak-hentak kaki kat tanah..
ok, masalah aku yang menjadi masalah ini ialah perut aku ni semakin membesar. sumpah, aku tidak mengandung. lagi pun aku tak buat perancangan keluarga pun lagi dengan si girlfriend.
semakin hari, semakin membesar. selalu jugak aku tahan nafas, kempiskan perut. tapi tak mati lah pulak kan aku nak tahan sampai seumur hidup.
tapi aku memilih jalan yang benar. aku reda dan positif thinking. "perut buncit?oh tidak, ini perut sihat sebenarnya..ini trend bapak ayam, nampak ganas".
"seluar da ketat? biasalah,pembesaran aku belum habis lagi"..
tapi sampai bila nak sedapkan hati sendiri yang tersedia tak sedap ni?
selalu jugak aku turun main bola, tapi tak nak jugak dia mengecil.
tiap kali aku mengeluarkan tinja, bersorak gembira aku tanda gembira. tak nak jugak dia mengecil.
tak pa ko perut, berani ko buat aku.
orang kata perut besar tanda bahagia kan. tapi kenapa pula si girlfriend semakin slim je?
oh, mungkin sebab kami belum merancang keluarga pun lagi.



p.s: dah habis ganas dah, pakai baju band gambar tengkorak kejam dan tulisan tajam. pun kena gelak jugak, apa kes bang?..tapi,ketat sangat ke? nampak bentuk perut ke? patutlah kamu gelak..

apa kena kamu ni labu..

tadi aku terserempak dengan sorang budak perempuan..
dari jauh lagi aku dah perasan dia, tapi asyik du main2 fon saja..
masuk kali ni dah dua kali macam ni.bejalan sambil memicit dan tengok henset dekat2..
time aku tegur baru angkat muka.senyum.
awak memang selalu macam tu ke?
fon awak ada GPS ke?kalau saya ada GPS pun, saya akan tengok depan bila berlajan..
ke awak nak mengelak dari saya? saja-saja buat tak nampak?
ish,janganlah macam tu..kita kan dah besar..yang sudah tu, sudah la ya..

folks, akustik telah meragut jiwa aku~

carta panas sukahatikamu-lah:

zolof the rock n roll destroyer - ridin' dirty

wani ardy - orang kecil

Akta Angkasa - Helaian Epilog Teks Ringkas Edisi Kita

municipal waste - Born To Party

Onani - Doralin's First Bukake


tapi yang nombor dua tulah yang aku jatuh cinta sekarang..semua track dari senikatawati buat hati aku cair pada wani ardy..oh,aku jatuh cinta sekali lagi..