Monday, May 18, 2009

ruang.

Aku telah miliki semua geran-geran tanah yang wujud. Aku juga telah beli seluruh tanah di muka bumi. Aku tak kisah lagi kalau kamu nak bergaduh yang bumi ini berbentuk bulat, atau bujur. Yang penting, apa yang kamu gaduhkan itu, milik aku.

Semalam, tidur lena aku dikejutkan. Aku lemas, terkapai-kapai. Dah segenap ruang aku carikan udara, tetapi gagal.

Ahh, I still need some fucking space.

detik tiba.

Aku sekarang sedang memperasap pedang sutera aku, sebagai persediaan untuk melawan roh-roh jahat yang berani menggangu segala pelan aku. Seolah-olah enjin kereta mengaum, yang hanya perlu lepaskan clutch nya sahaja. Atau seolah-olah roket ke bulan, yang hanya menunggu detik countdown sahaja. Seolah-olah begitu, jangan dihalang momentum aku. Jika tidak, buruk padahnya.

Aku tidak perlukan bala tentera, yang hanya tahu marching up and down sahaja. Aku tak percaya kepada hentak-hantak boots mereka (walaupun, boleh meruntuhkan jambatan). Aku tetap dengan pedang aku sendiri. Apa yang halang, aku hunus. Apa yang melintang, aku tikam.

Dan sejahat-jahat roh jahat sekalipun, mesti ada titik lemah dia juga, kan.