Monday, May 18, 2009

detik tiba.

Aku sekarang sedang memperasap pedang sutera aku, sebagai persediaan untuk melawan roh-roh jahat yang berani menggangu segala pelan aku. Seolah-olah enjin kereta mengaum, yang hanya perlu lepaskan clutch nya sahaja. Atau seolah-olah roket ke bulan, yang hanya menunggu detik countdown sahaja. Seolah-olah begitu, jangan dihalang momentum aku. Jika tidak, buruk padahnya.

Aku tidak perlukan bala tentera, yang hanya tahu marching up and down sahaja. Aku tak percaya kepada hentak-hantak boots mereka (walaupun, boleh meruntuhkan jambatan). Aku tetap dengan pedang aku sendiri. Apa yang halang, aku hunus. Apa yang melintang, aku tikam.

Dan sejahat-jahat roh jahat sekalipun, mesti ada titik lemah dia juga, kan.

No comments: