Sunday, November 22, 2009

Kelabu.

Jika aku disuruh untuk pilih antara hitam atau putih, aku akan pilih kelabu.
Sama juga bila mahu minum, dalam kepala aku sentiasa ada nescafe dan milo. Aku akan pilih neslo. Aku selalu pilih apa yang ada di tengah-tengah.

Hitam atau putih. Bagi aku tak ada yang suci atau jalang. Tak ada yang betul atau salah. Tak ada yang bersih atau yang kotor. Semua pilihan yang ada dalam dunia ni semua tak akan memihak pada kita. Dan juga tak kan memihak pada orang lain. Cuma perlu sedikit pandai untuk menggunakan apa yang kita telah pilih. Pilih yang salah sekalipun, jika pandai guna, akan jadi baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.

Gerak hati pun, kadang-kadang sering menipu kita. Patutnya dihalau keluar kalau menderhaka. Ikut dengan buta tuli, kerana kemudaratan masih jauh untuk sampai.

Dan satu hari nanti, mesti aku pening kepala bila disuruh pilih antara hidup atau mati. Apakah di tengah-tengahnya?