Tuesday, February 17, 2009

lantai tari vegabond

Jangan jadi gila dengan hanya sebuah kotak muzik, semasa ia duduk di penjuru memusnahkan seluruh univers. Jangan jadi gila dengan burung gagak si penilik nasib, yang berada di atas menara tumor otak. Sekarang aku berada dalam gambaran Tahiti. Semuanya adalah halusinasi termasuk udara. Siaran jalan kaki menjerit, "jangan jadi gila! Jangan jadi gila!”.

Lantai tari Vegabond, sini tempat muncul aku. Hujan prisma renyai pada tingkat tujuh puluh enam. Jangan jadi gila dengan si penaip, dia yang membawa melihat anatomi malam. Lampu sorot mejnerit, "jangan jadi gila!jangan jadi gila!”.

Semuanya adalah halusinasi, termasuk roh jahat.


Di sana ada kegembiraan, hanya menunggu masa.

Sunday, February 15, 2009

anatomi kelabu

Malam yang tanpa aktiviti,aku semacam mati akal..kawan-kawan semua keluar menyambut 14february, sempena memperingati ulang tahun kematian paderi lah katakan. Tapi aku hanya lepak di bilik, melayan video konsert Arcade Fire. Itu pun yang aku dah layan berkali-kali. Tiada yang mengajak untuk keluar, namun lebih baik begini.

Tengah-tengah persembahan Arcade Fire tersebut, ada pula kawan (perempuan) aku ni ajak bersembang. Berbicara tantang anatomi badan perempuan. Tajuk yang sesuai untuk malam yang sunyi kan? Dan sedar tak sedar, memang banyak perkara yang boleh dihurai dengan menggunakan tajuk tersebut..huhu.. jangan tipu, aku tahu kamu pun nakal orangnya...samalah dengan kawan aku,bukan aku ya..

Arcade Fire. Bicara anatomi

Arcade Fire. Bicara anatomi

Besilih ganti.
Dua perkara yang berbeza kan. Tiba-tiba aku horny di tengahnya..agak-agak salah siapa?






Nama beliau RĂ©gine Chassagne. Beliau bertanggung jawab kerana menghorny kan aku dengan tarian-robot-khayal nya di atas pentas. 18 Ogos ni kami akan makan malam paling romantis sempena hari lahir beliau.