Wednesday, December 30, 2009

monolog 2.

malam tadi sebelum lelapkan mata, si peguam perempuan bisik pada aku; " if it is not legal, make it legal." dah tentulah aku akan pegang kata-kata kau dan gunapakai dalam konteks 'kehidupan kita'.



dan selang beberapa nafas, dia tambah lagi; "ah, kau!! rokok pun tak hisap, ada hati nak bersekedudukan?"

haha.

(cet!)

Monday, December 28, 2009

monolog.

macam aku pernah bilang sama kau. kita ada banyak persamaan. kita suka benda yang sama. kita benci benda yang sama.

cuma ada satu perbezaan,
dimana kau perempuan, dan aku pula lelaki.


which is good for us. :)

Sunday, December 27, 2009

it's chuckmas!!!




41,



killeur calculateur,




akta angkasa,




orbit cinta benjamin,





merry christmas and happy new year!!
whore whore whore!!! (oops!)

love, lust and something in between.

semalam, semasa di tasik.
kita duduk di atas pelantar kayu yang buruk, dan dua pasang kaki mencecah air.
lalu kau kata pada aku: "ini adalah forbidden...kita tidak boleh teruskan..."

senyum tawar saja yang mampu aku bagi kau, masa itu.
kau pernah suka jeans koyak aku.
aku juga suka gaya rambut 60s kau.
apa yang kau maksudkan dengan forbidden?
apa pernah ada polis dalam perhubungan?
yang mendakwa dan menghakimi segala.
kalau ada sekalipun, yang itu mesti sudah korup!

jika kau kata ini adalah lust. aku mungkin diamkan saja.
dan jika kau kata ini adalah love. ya, aku terus berambus!

Monday, December 21, 2009

amateur takes control.




Deepset,





citizen of icecream,



nao,





amateur takes control,



Dua tiga minggu ni, aku dalam mode post rock sikit. Jadi agak kena lah gig ni dengan waktu aku sekarang. Walaupun ada harapan tak tercapai haritu. lain cerita.

Yang dirai tentulah amateur takes control. 'Comunnication downbreak' adalah lagu of the day. Aku tertarik dengan kata-kata frontman dia, bila ada orang tepuk:"we're just normal people, playing in a band.." dan "kami tak kisah walaupun ada 10 orang tengok kami main, sekurangnya kami tahu ada orang malaysia mengenali kami" (lebih kuranglah,aku pun dah tak ingat).


p.s: dah lama aku tak menulis blog. kejaplah, otak tengah jam. tapi masih boleh senyum sampai telinga lagi. damn you.

Wednesday, December 9, 2009

oh, dunia.

Bila aku on kan rekod The Clash, kau tahu inilah masanya.
dan bila aku off kan semua lampu di dunia ni, kau juga tahu inilah masanya.
tempat aku beradu kini bertukar jadi gelanggang kita,
gelanggang yang membalas segala lelah aku kejar kau.

lembut, padat, atmosfera, huruf N, nombor 2, sepet, laju,
cahaya, dinding, nombor 1, huruf W, kurung orang tua,
skinny jeans lipat kaki, t-shirt besar lusuh, pokok bunga,
angkat barang, bangun tidur, bau busuk, jeans biru lusuh,
ayah kau, mak kau, adik kau,exam, cuti semester, konvo,
nafas dan curly.

kini aku dah jumpa. kau jangan lari lagi.

Sunday, November 22, 2009

Kelabu.

Jika aku disuruh untuk pilih antara hitam atau putih, aku akan pilih kelabu.
Sama juga bila mahu minum, dalam kepala aku sentiasa ada nescafe dan milo. Aku akan pilih neslo. Aku selalu pilih apa yang ada di tengah-tengah.

Hitam atau putih. Bagi aku tak ada yang suci atau jalang. Tak ada yang betul atau salah. Tak ada yang bersih atau yang kotor. Semua pilihan yang ada dalam dunia ni semua tak akan memihak pada kita. Dan juga tak kan memihak pada orang lain. Cuma perlu sedikit pandai untuk menggunakan apa yang kita telah pilih. Pilih yang salah sekalipun, jika pandai guna, akan jadi baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya.

Gerak hati pun, kadang-kadang sering menipu kita. Patutnya dihalau keluar kalau menderhaka. Ikut dengan buta tuli, kerana kemudaratan masih jauh untuk sampai.

Dan satu hari nanti, mesti aku pening kepala bila disuruh pilih antara hidup atau mati. Apakah di tengah-tengahnya?

Sunday, November 15, 2009

LA QUIETE!



deepset



building of the heartbreaker pyramid




kias fansuri,









god of screamo, la quiete



















crowd,


-percaya atau tidak, la quiete betul-betul datang malaysia.(oh, aku masih tak percaya)
-balik rumah, dengar balik band-band screamo.
-tak tau mahu cakap apa, memang gila babi,gila babi, gila babi, gila babi, gila babi, gila babi, gila babi, gila babi hebat.
-screamo belum mati lah.