Sunday, December 27, 2009

love, lust and something in between.

semalam, semasa di tasik.
kita duduk di atas pelantar kayu yang buruk, dan dua pasang kaki mencecah air.
lalu kau kata pada aku: "ini adalah forbidden...kita tidak boleh teruskan..."

senyum tawar saja yang mampu aku bagi kau, masa itu.
kau pernah suka jeans koyak aku.
aku juga suka gaya rambut 60s kau.
apa yang kau maksudkan dengan forbidden?
apa pernah ada polis dalam perhubungan?
yang mendakwa dan menghakimi segala.
kalau ada sekalipun, yang itu mesti sudah korup!

jika kau kata ini adalah lust. aku mungkin diamkan saja.
dan jika kau kata ini adalah love. ya, aku terus berambus!

No comments: