Monday, September 29, 2008

tolong pilih baju raya untuk aku..

semangat raya sudah tak hinggap lagi pada aku sejak meningkat remaja..
ramadan pun ala kadar sahaja,terawih pun boleh bilang dengan jari berapa kali aku pergi..sebulan lalu,ada niat berapi nak six pad kan perut. tapi entah,tetap segar bugar jugak perut aku ni..
orang cakap perut lebih, tandanya bahagia..aku?terlebih bahagia?kalau betul begitu,syukurlah..

lagi dua hari,sudah mahu raya..tapi satu sen pun aku tak korbankan lagi untuk raya kali ni..walhal untuk mercun sekali pun..kalau kamu nak tahu,aku memang jenis tak main mercun pun..sekadar maki-maki budak main mercun depan rumah sajalah..
sedangkan orang lain mungkin sudah bersedia dengan empat lima pasang baju dah..

dah seminggu rasanya mak aku bagi duit suruh pergi shoping raya,dan tiap-tiap hari akan tanya aku bila mahu beli baju raya..
last-last, tengah hari tadi aku keluar..
selepas penat putar2 dekat bundle sekitar kota ni, aku balik dengan membawa dua beg super hebat..satu beg kain ala indie(aku nak letak laptop sebenarnya), satu lagi beg ala fotografer(ambik jugak,walaupun aku baru sahaja beli beg porter bulan lepas)..dua2 aku suka..puas hati..

tapi ada ke orang pergi jalan raya bawa beg tak pasal2..?dua pulak tu..ishk..
tak apa lah,sapa suruh tak beli baju raya kan..

No comments: