Friday, November 14, 2008

kanak-kanak



Lari laju-laju dan menghilangkan diri dari pandangan ayahnya, kemudian baring di tengah tempat lalu lalang dengan selamber.Agak-agak kamu, apa yang budak ni tengah buat?
Budak ini ialah sepupu aku dan gambar ni aku amik 4, 5 bulan lepas..apa tengah dia buat tu pun aku tak tahu..Aku suka tengok budak ni, dia macam ada dunia dia sendiri dan tidak kisahkan orang lain..suka explore benda baru dan cepat belajar..
Budak ni juga adalah yang paling rebel dalam keluarga dia..suka kasi problemla senang citer..haha..tapi aku suka tengok dia rebel, tak puas hati je terus buat hal..best kan?
Aku nak tunggu tengok bila dia besar nanti rebel macam mana pulak..kalau abang dia tu selamber saja dia tolak-tolak kepala..tapi kalau dia tolak kepala aku?erm, menangis la dia sebab aku sekeh dia balik..haha..


p.s: kadang-kadang aku cemburu juga pada budak2 sebab tak perlu sakit kepala berfikir macam orang tua(rumah tangga, pasal study dll) kerana yang paling susah nak fikir bagi mereka pun ialah bila mereka tak tahu nak tengok kartun mana satu (sebab banyak sangat) dan bila nak buat pilihan masa nak beli jajan..best kan?

No comments: