Sunday, July 5, 2009

merapu si ikan kerapu

Ada orang pilih untuk hidup dalam lingkungan kesenangan dharma (7 kasih dan 6 nafsu) dan ada juga yang memilih untuk bersusah payah lari ke hutan dan bertafakur, semata untuk mencari makna sebenar alam semesta. Pilihan adalah masing-masing.

Dan kalau kamu buang satu peluang keemasan hari ini, mungkin yang lebih baik akan sampai kelak. Kamu tak akan tahu. Tetapi nanti kalau dapat apa yang mahu, janganlah mudah lupa diri. Sebab kalau sekali nikmat itu ditarik, kamu panggil guna bomoh pun memang tak akan datang balik.

api.api.api.



Menatang yang dia angkat tu, tolong jangan hinggap atas kepala aku.

Hari pertama jaga tapak bina sudah boleh lihat orang terbakar, lari-lari menggelupur tengah panas mencari sejuk air. Aku pula kalut berlari ke kabin cari menatang pemadam api serbuk yang berat macam seguni beras. Tetapi pak guard lah yang paling pandai, awal-awal keluar dan bawa kunci kabin bersama. Lagi menggelupurlah orang terbakar nak tunggu datangnya sejuk. Semua bos-bos duk tengok saja macam ada penggambaran filem Hollywood.

Biasalah, kalau tak kena dekat diri sendiri memang tak akan dapat merasa, kan.

Sunday, June 28, 2009

pogo punk mengancam








Sepetang jamming session










Encik osman mengeluarkan taringnya.

Sunday, June 21, 2009

mr dick.



Lima jam dalam kereta duk bincang pasal dick.
Perancangan malam hari pula adalah mahu pergi layan Bah Kut Teh, tapi terperangkap di kedai makanan laut dan kerbau pendek. Rancangan rumah urut juga tak jadi sebab semua pelayan bergigi kuning.

Bangun pagi, terus gatal-gatal sebab elergi. Pergi balai polis, tumpang buang air kecil dan instinjak guna teh ais limau. Abang kacamata kata pada aku “jangan main-main, nanti tikus gigit kote kamu”. Lantaklah, semua tikus tidur pada siang hari bang.

Petang sampai ofis, lepak makan dua jam. Malas mahu dengar cerita politik yang sama. Kamu tikam aku, aku mati. Aku jadi hantu dan pergi beli pisau lebih tajam sikit. Lepas tu aku tikam kamu balik. Dua-dua jadi hantu. Macam itu lah sampai tua.

penghuni lokap.


Kena tidur awal-awal. Kena bangun awal-awal.

Kena iron baju. Kena makan sarapan.

Macam budak sekolah balik.

Macam robot.

Macam lembu.

Macam kambing.

Macam kerbau.



Monday, May 18, 2009

ruang.

Aku telah miliki semua geran-geran tanah yang wujud. Aku juga telah beli seluruh tanah di muka bumi. Aku tak kisah lagi kalau kamu nak bergaduh yang bumi ini berbentuk bulat, atau bujur. Yang penting, apa yang kamu gaduhkan itu, milik aku.

Semalam, tidur lena aku dikejutkan. Aku lemas, terkapai-kapai. Dah segenap ruang aku carikan udara, tetapi gagal.

Ahh, I still need some fucking space.