Monday, June 30, 2008

pusing-pusing cari studio..

dua hari berturut-turut aku pergi gig. kali ini di taman desa, walaupun sesat namun dapat juga sampai sebelum acara bermula. gembira dapat jumpa kawan-kawan lama dan baru. adi, korn, satar(karenaneko) dan capik(drumer almost there).

majlis start agak lewat, pukul 5.30 kalau tak silap. macam biasa, kita kan melayu. mesti janji melayu. tak pun mungkin untuk menghormati asar. ya, hormat dengan melepak di mamak.dan aku?haha

list band yang sememangnya hebat-hebat dan di tambah dengan persembahan (permintaan dari nisa) osmantikos. blood on wedding dress memulakan majlis dengan aksi yang agresif (macam biasa). band of da day bagi aku. cuma sedikit carutan dapat di dengar masa pazahora (pajahora kata roby) perform. lain kali jangan gado2 lagi ok?malu la sikit dengan orang singapore/australia yang datang tu, ok? apa pun, pazahora memang best!! bila agaknya aku dapat buat rambut macam basist pazahora ya?haha

yang dinantikan, jauh dari australia iaitu crux!musik hardcore crust (barangkali) dengan vokalis perempuan bertenaga. hah, gadis-gadis malayu bila lagi? sampai bila nak jadi penyanyi band indie je kak?


ok, macam biasa..antara porno-porno yang sempat di amik..



ganaz.tapi bukan black metal ya abang-abang mastika.


blood on wedding dress.lincah bertenaga macam lintah (minyak lintah?).band fevret aku.(pak tua, sapa pukul mata kamu, cakap dengan aku.huhu)



kah-roe-shi.gabungan line up yang gila babeng mantap.






daighila.sila baca statement mereka,nampak bukan?



daighila.


daighila.lagi.




pazahora.lihat basist dia!


crux.aura wanita menguasai ruang.



crux.



crux.lagi.



kesumat.fastcore dengan satu gitar sahaja.tanpa bass.


osmantikos.

hujung minggu yang enjoy habis, letih dan lesu. tapi kesian juga kepada yang mereka yang tak biasa dengan taman desa, agak susah untuk mencari studio ini. dan yang agak best ialah, sempat minum semeja dengan abang-abang osmantikos.sampai aku pun terasa aura rockstar tersebut..haha.kamu cemburu?



No comments: