Wednesday, December 17, 2008

suasana hari raya (haji)..

Semasa memandu petang tadi, yang penuh dengan keluarga mak cik aku..

Sepupu aku berumur 5 tahun, lelaki, cuba nak menguji aku:

cuba abang sebut teko banyak kali..?”

“Okey” jawab aku, ”tekotekotekotekoteko”sambil memandu.

“Hahahaha..”dorang adik beradik secara langsung, bantai gelakkan aku..

”Nape?ape yang lawak?”dengan muka selamber aku, dan terus memerhatikan trafik di depan.

”Cube sebut lagi?banyak kali”kata budak lima tahun tadi.

“Okey,tekotekotekoteKOTEkoteKOTEkote”


Owh,kote rupanya. Kata hati aku..

Ok,budak kecik. Kamu menang


Selang dua gear aku memandu, budak kecik tadi tanya aku lagi. Selepas dorang habis gelak untuk sesi pertama tadi.

Kali ini aku lebih bersedia, tak mahu kalah. Tumpuan diberi pada apa yang hendak diajukan, dan bukan pada trafik lagi..

cuba abang sebut hantu banyak kali pulak?”

Aku dengan yakin,”hantuhantuhantuhantu..,alah senang, ada hantu ngan tuhan kan?”

wah!abang dah terer lah!tuhantuhantuhantu...“dia kagum(gaya budak kecik 5 tahun)

Kakak budak ni pula mencelah”eit!adik tak boleh cakap macam tu lah”

”kenapa tak boleh?tuhan tu hantu lah kan?”budak kecik



Ish,black metal betul budak kecik ni..

No comments: