Tuesday, March 10, 2009

botol jadian dan tali kacukan

Untuk hari ini, mari kita buat ujikaji ringkas. Pertama.

Cuba ambil botol yang cantik dan kemudian pecahkan ia ke lantai. Kutip balik serpihan kaca tadi, dan gamkan supaya ia menjadi botol semula dan cantik seperti asal.

Selepas botol itu digam, adakah ia akan menjadi cantik seperti bentuk asalnya? Adakah ia berdaya untuk menampung air dengan sempurna lagi?

*******

Untuk hari ini, mari kita buat ujikaji ringkas. Kedua.

Cuba regangkan seutas tali dan potong tali tersebut di tengah-tengahnya. Kemudian ambil balik hujung tali yang terpisah tadi, dan simpulkan balik supaya ia menjadi seutas tali semula.

Selepas tali itu diikat semula, adakah tali itu masih kuat seperti yang asalnya? Tidak, sama sekali tidak. Tambahan pula dengan simpulan yang buruk pada pandangan. Simpullah tali tersebut dengan Simpul Pengakap sekalipun, ia tidak akan smooth seperti tali yang asal tadi bukan.

*******

Sekarang, aplikasilah ujikaji ini dalam kehidupan. Ubah objek tali dan kaca tersebut kepada perkara lain, apa saja yang kamu rasa sesuailah.

Dan ingat, sesuatu yang ”cantik sempurna” itu kalau dicampakkan ke dalam lumpur, ia tidak akan bernama ”cantik sempurna’ lagi.

No comments: