Monday, April 6, 2009

runut-runut rugla

Suatu masa itu, kamu teguh dengan pendirian. Teguh dengan prinsip kamu. Kononnya kamulah yang memegang kunci dunia, kamulah satu-satunya yang memiliki perisai terhebat. Dan, satu teori agung kamu selalu lupa: graviti adalah sentiasa menang. Kamu juga sering alpa bahawa detik waktu juga tak akan berhenti.

Lalu terjerumus ke kancah syurga dunia yang mana hanya dayang-dayang yang berkuasa. Di kepala kemaluan terletaknya otak . Perisai terhebat dibuang terus, dan kunci dunia dipatah-patahkan.


Kamu, yang suatu masa itu, teguh dengan pendirian dan prinsip.

Tetapi masa ini, kamu hanya mampu berkata:

“dude, manusia berubah dude!”

1 comment:

Anonymous said...

wow!
falsafah kamu.

perjuangan kamu?

yg mana ?