Sunday, June 28, 2009

Sepetang jamming session










Encik osman mengeluarkan taringnya.

Sunday, June 21, 2009

mr dick.



Lima jam dalam kereta duk bincang pasal dick.
Perancangan malam hari pula adalah mahu pergi layan Bah Kut Teh, tapi terperangkap di kedai makanan laut dan kerbau pendek. Rancangan rumah urut juga tak jadi sebab semua pelayan bergigi kuning.

Bangun pagi, terus gatal-gatal sebab elergi. Pergi balai polis, tumpang buang air kecil dan instinjak guna teh ais limau. Abang kacamata kata pada aku “jangan main-main, nanti tikus gigit kote kamu”. Lantaklah, semua tikus tidur pada siang hari bang.

Petang sampai ofis, lepak makan dua jam. Malas mahu dengar cerita politik yang sama. Kamu tikam aku, aku mati. Aku jadi hantu dan pergi beli pisau lebih tajam sikit. Lepas tu aku tikam kamu balik. Dua-dua jadi hantu. Macam itu lah sampai tua.

penghuni lokap.


Kena tidur awal-awal. Kena bangun awal-awal.

Kena iron baju. Kena makan sarapan.

Macam budak sekolah balik.

Macam robot.

Macam lembu.

Macam kambing.

Macam kerbau.



Monday, May 18, 2009

ruang.

Aku telah miliki semua geran-geran tanah yang wujud. Aku juga telah beli seluruh tanah di muka bumi. Aku tak kisah lagi kalau kamu nak bergaduh yang bumi ini berbentuk bulat, atau bujur. Yang penting, apa yang kamu gaduhkan itu, milik aku.

Semalam, tidur lena aku dikejutkan. Aku lemas, terkapai-kapai. Dah segenap ruang aku carikan udara, tetapi gagal.

Ahh, I still need some fucking space.

detik tiba.

Aku sekarang sedang memperasap pedang sutera aku, sebagai persediaan untuk melawan roh-roh jahat yang berani menggangu segala pelan aku. Seolah-olah enjin kereta mengaum, yang hanya perlu lepaskan clutch nya sahaja. Atau seolah-olah roket ke bulan, yang hanya menunggu detik countdown sahaja. Seolah-olah begitu, jangan dihalang momentum aku. Jika tidak, buruk padahnya.

Aku tidak perlukan bala tentera, yang hanya tahu marching up and down sahaja. Aku tak percaya kepada hentak-hantak boots mereka (walaupun, boleh meruntuhkan jambatan). Aku tetap dengan pedang aku sendiri. Apa yang halang, aku hunus. Apa yang melintang, aku tikam.

Dan sejahat-jahat roh jahat sekalipun, mesti ada titik lemah dia juga, kan.

Monday, May 4, 2009

aku tahu rahsia kalian.haha

Melangkah masuk ke laman musuh adalah satu langkah yang amat bodoh, kalau tanpa persiapan yang rapi. Tetapi, serapi mana pun tak kan boleh melawan spontan. Kerana spontan itu lebih cool, kata orang kebanyakan. Jadi dengan spontan, langkahlah kamu ke laman musuh dengan rasa penuh akward dan janggal, sambil kata dalam hati “this place is not belong to me!!” sebanyak tujuh kali. Ekpresi muka juga perlu dipilih sebetulnya, supaya dapat menipu musuh mahupun kenalan musuh yang mana merangkap kenalan kamu sendiri. Mereka tertipu atau tidak, itu bergantung kepada kesungguhan urat-urat muka yang membuat muka badut.

“Shhh…” Jangan sampai orang tahu yang kamu bermusuh dengan musuh kamu. Ini antara musuh dengan kamu. Hutang darah, dibayar darah. Tiada kaitan dengan pengembala kerbau. Tiada kaitan dengan kitaran alam yang lain. Ini soal revange.

Dan jika diberi pilihan, aku lebih rela untuk mengejar rusa kelabu rambut curly daripada memanjat gunung semata untuk memanah kucing hutan kurus yang suka main sms.


“Rusa kelabu, tunggu aku!”

Thursday, April 30, 2009

jaraknya dua alam jauh.


Chemistry, pada masa sekolah adalah subjek paling buat aku menyampah, aku benci. Tetapi chemistry dalam suatu perhubungan adalah suatu yang unik, yang amazing. Bila dua manusia, bertemunya jarang sekali. Tetapi saling mengenali. Minat, suka, benci, buruk, discusting, serabai, malas. Semua sifat dikongsi. Dikongsi bukan erti kata setuju sama setuju, tetapi dikongsi secara takdir. Takdir, yang tulisannya tak pernah dibaca oleh sesiapa manusia sekalipun dan sehingga ini tak siapa yang berani menjengah nya.

Dan satu perkara menarik perhatian aku untuk seketika, tindakan dan perkataan kami langsung sama dan serentak. Walhal, waktu itu jarak kami dipisahkan oleh dinding-dinding konkrit kejam. Lalu, sendiri aku senyum. Kebetulan atau tidak, itu cerita lain.