Monday, June 2, 2008

baju aku basah, peluh masam aku tak peduli..

walaupun hari ini aku kerja,
walaupun aku sengkek,
walaupun aku keseorangan,
walaupun moto aku pancit,
walaupun aku tak tahu jalan ke noisy studio,

tapi, aku tetap sampai ke majlis tari-menari ini..
yeah, i sold my soul to the music, dude!!

selepas 15minit berpusing-pusing macam orang sesat(memang sesat pun) dalam bandar ampang tu..sampai juga aku di noisy studio ni..bersembang dengan sorang budak masa pertukaran band "pergh, tu miracle lah bro, main redah pun boleh sampai kat sini!haha". aku balas dengan senyuman sedekah je (dan sorylah kalu aku terlebih usha awek ko..hehe).

majlis bermula pukul 6lebih(walaupun dalam flyer tulis kul 5. biasalah, kita melayu..kn).aku dikejutkan dead disco dancer, mirip daughters, malah mereka juga sempat mengcovering lagu daughters lagi tu..
sungguh bertenaga.aku rilek2 je layan duk tepi sambil ambil gambar.

band kedua, building of the heart breaker pyramid..salute kepada mereka!!terkesima dengan permainan drum dari usop..tak berkelip mata aku, tapi masih bernafas seperti sediakala.

monaco heart attack mengambil tempat selapas rehat untuk laluan magrib,tapi rata2 bjemaah kt kaki lima je sambil hembus nikotin..huhu..(aku plak?hmm)...aksi menarik daripada vokalis, sering terbaring2 di lantai..tapi sayang,mereka tak main lagu yang aku nak degar..dem~!

3 sekawan pula mengambil alih- infinte delay.tiada yang lebih kompleks,tiada yang lebih rumit daripada musik mereka..laju dan teknikal..aku suka!!

masa untuk aku moshing telah tiba, beg aku letak luar..kamera, aku tak peduli lagi..
kias fansuri beraksi, bagaikan semua dirasuk..!!

daighila tak perlu diceritakan lagi..emoviolence terhebat tanah air..

dan akhir sekali, yang di tunggu2..orbitcinta benjamin!!
dengan lagu2 yang meniti dibibir crowd..moshing sampai lebam!!

secara keseluruhan gig ini, bagi aku adalah baik la..dengan harga hanya rm5 dan band2 yang best..bukan aku pentingkan harga, sikit pun aku tak kisah..tapi aku lebih suka pergi gig yang dibuat hanya di studio, jika kamu lihat, gig di studio adalah lebih happening jika nak dibandingkan dengan gig yang dibuat di dewan-dewan besar..contohnya mcpa, berapa kerap sangat crowd yang ke depan?hmm,yang selebihnya lebih suka menyusun kerusi di belakang dan duduk2 seperti orang mendengar ceramah politik...nasib baik tak ada jual pop corn kat pintu masuk..

p.s:- kepada perempuan mirip lyn(liyana jasmay) , lain kali kita mosh sama2 lagi ya!saya suka rambut lyn awak~!
-kepada perempuan kemeja kotak yang duduk tepi pintu, jangan la duduk aje, nanti saya ajar awak mosh ye?mesti awak seronok nanti!
-kepada perempuan baju biru,rambut curl(sikit), kenapa awak tak senyum pada saya?!

No comments: