Tuesday, March 24, 2009

bangkit melawan atau tunduk ditindas

Bukan mahu pilih band, tapi yang band yang betul-betul "terlekat" pada aku hanyalah daighila, sharon stoned, always last, sarjan hassan, dan sudah tentu straight answer.
yup, persembahan sharon stoned patut diulang tayangkan. Betul2 havoc, betul-betul stoned. haha.. Dan tidak salah rasanya kalau vokalis sharon stoned itu buka dan kasi baju Spazz dia kat aku pada akhir persembahannya. Basah peluh pun, aku terima dengan tangan terbuka.lol


Dan persembahan straight answer, memang bertenaga. Sarat juga dengan mesej-mesej yang disampaikan sebelum setiap lagu bermula. Aku rasa ini adalah sangat penting, cakap mesej secara jelas dan jangan malu segan.

seterusnya,porno-porno terus dari Pekan Ampang.



sharon stoned,




daighila,




sarjan hassan,



straight answer,





Akhir sekali, nasihat kepada adik-adik true hardcore,
hardcore pun, hardcore juga.
tapi orang sekeliling kena la respek juga..
:-)

Tuesday, March 10, 2009

To the point of no return


"....and they won’t have to burn the books when no one reads them anyway"
- Tragedy

botol jadian dan tali kacukan

Untuk hari ini, mari kita buat ujikaji ringkas. Pertama.

Cuba ambil botol yang cantik dan kemudian pecahkan ia ke lantai. Kutip balik serpihan kaca tadi, dan gamkan supaya ia menjadi botol semula dan cantik seperti asal.

Selepas botol itu digam, adakah ia akan menjadi cantik seperti bentuk asalnya? Adakah ia berdaya untuk menampung air dengan sempurna lagi?

*******

Untuk hari ini, mari kita buat ujikaji ringkas. Kedua.

Cuba regangkan seutas tali dan potong tali tersebut di tengah-tengahnya. Kemudian ambil balik hujung tali yang terpisah tadi, dan simpulkan balik supaya ia menjadi seutas tali semula.

Selepas tali itu diikat semula, adakah tali itu masih kuat seperti yang asalnya? Tidak, sama sekali tidak. Tambahan pula dengan simpulan yang buruk pada pandangan. Simpullah tali tersebut dengan Simpul Pengakap sekalipun, ia tidak akan smooth seperti tali yang asal tadi bukan.

*******

Sekarang, aplikasilah ujikaji ini dalam kehidupan. Ubah objek tali dan kaca tersebut kepada perkara lain, apa saja yang kamu rasa sesuailah.

Dan ingat, sesuatu yang ”cantik sempurna” itu kalau dicampakkan ke dalam lumpur, ia tidak akan bernama ”cantik sempurna’ lagi.

Wednesday, March 4, 2009

Pesta Femme 2009


The Pips



Apparatus,



Pusher,

Pazahora,



Straightjacket nation,






********



Femme fest, yang tentu sekali bukan gig lompat-lompat semata. Kerana ia juga sarat dengan info-info yang memberi kesedaran kepada pengunjung. Itu pun kalau si pengunjung (punk rocker!haha) itu prihatinlah. Selain band-band yang beraksi, banyak juga diselit dengan bengkel-bengkel dan pameran.

Kamu tak pergi gig ini? Memang kamu rugi lah.

Bila lagi mahu tengok straightjacket nation ini beraksi kan. Fastcore yang betul-betul fast gila babi. Hail.hail.hail.!! Dan tak lupa juga hidangan crust tahap langit ke tujuh belas, oleh Pazahora.

Akhir kata dari aku,

Free your heart; liberate your cunt…Hellyeeeaahhh!!!!

Sunday, March 1, 2009

seribu malam.

“No, its not gonna work. I feel like I’m trying on a new pair of shoes
i really wanna buy, but they just don't fit….”



(Bagaimanakah nak tahu sesuatu keputusan itu adalah betul-betul takdir?Yang kita harus terima seadanya. Dan kita juga tahu jika ia adalah takdir, usaha seribu usaha pun tak akan merubah keadaan sedikit pun kan. ok, bagaimana?)



“All right then, how about going barefoot for a while?”

Tuesday, February 17, 2009

lantai tari vegabond

Jangan jadi gila dengan hanya sebuah kotak muzik, semasa ia duduk di penjuru memusnahkan seluruh univers. Jangan jadi gila dengan burung gagak si penilik nasib, yang berada di atas menara tumor otak. Sekarang aku berada dalam gambaran Tahiti. Semuanya adalah halusinasi termasuk udara. Siaran jalan kaki menjerit, "jangan jadi gila! Jangan jadi gila!”.

Lantai tari Vegabond, sini tempat muncul aku. Hujan prisma renyai pada tingkat tujuh puluh enam. Jangan jadi gila dengan si penaip, dia yang membawa melihat anatomi malam. Lampu sorot mejnerit, "jangan jadi gila!jangan jadi gila!”.

Semuanya adalah halusinasi, termasuk roh jahat.


Di sana ada kegembiraan, hanya menunggu masa.

Sunday, February 15, 2009

anatomi kelabu

Malam yang tanpa aktiviti,aku semacam mati akal..kawan-kawan semua keluar menyambut 14february, sempena memperingati ulang tahun kematian paderi lah katakan. Tapi aku hanya lepak di bilik, melayan video konsert Arcade Fire. Itu pun yang aku dah layan berkali-kali. Tiada yang mengajak untuk keluar, namun lebih baik begini.

Tengah-tengah persembahan Arcade Fire tersebut, ada pula kawan (perempuan) aku ni ajak bersembang. Berbicara tantang anatomi badan perempuan. Tajuk yang sesuai untuk malam yang sunyi kan? Dan sedar tak sedar, memang banyak perkara yang boleh dihurai dengan menggunakan tajuk tersebut..huhu.. jangan tipu, aku tahu kamu pun nakal orangnya...samalah dengan kawan aku,bukan aku ya..

Arcade Fire. Bicara anatomi

Arcade Fire. Bicara anatomi

Besilih ganti.
Dua perkara yang berbeza kan. Tiba-tiba aku horny di tengahnya..agak-agak salah siapa?






Nama beliau Régine Chassagne. Beliau bertanggung jawab kerana menghorny kan aku dengan tarian-robot-khayal nya di atas pentas. 18 Ogos ni kami akan makan malam paling romantis sempena hari lahir beliau.