Monday, May 4, 2009

aku tahu rahsia kalian.haha

Melangkah masuk ke laman musuh adalah satu langkah yang amat bodoh, kalau tanpa persiapan yang rapi. Tetapi, serapi mana pun tak kan boleh melawan spontan. Kerana spontan itu lebih cool, kata orang kebanyakan. Jadi dengan spontan, langkahlah kamu ke laman musuh dengan rasa penuh akward dan janggal, sambil kata dalam hati “this place is not belong to me!!” sebanyak tujuh kali. Ekpresi muka juga perlu dipilih sebetulnya, supaya dapat menipu musuh mahupun kenalan musuh yang mana merangkap kenalan kamu sendiri. Mereka tertipu atau tidak, itu bergantung kepada kesungguhan urat-urat muka yang membuat muka badut.

“Shhh…” Jangan sampai orang tahu yang kamu bermusuh dengan musuh kamu. Ini antara musuh dengan kamu. Hutang darah, dibayar darah. Tiada kaitan dengan pengembala kerbau. Tiada kaitan dengan kitaran alam yang lain. Ini soal revange.

Dan jika diberi pilihan, aku lebih rela untuk mengejar rusa kelabu rambut curly daripada memanjat gunung semata untuk memanah kucing hutan kurus yang suka main sms.


“Rusa kelabu, tunggu aku!”

Thursday, April 30, 2009

jaraknya dua alam jauh.


Chemistry, pada masa sekolah adalah subjek paling buat aku menyampah, aku benci. Tetapi chemistry dalam suatu perhubungan adalah suatu yang unik, yang amazing. Bila dua manusia, bertemunya jarang sekali. Tetapi saling mengenali. Minat, suka, benci, buruk, discusting, serabai, malas. Semua sifat dikongsi. Dikongsi bukan erti kata setuju sama setuju, tetapi dikongsi secara takdir. Takdir, yang tulisannya tak pernah dibaca oleh sesiapa manusia sekalipun dan sehingga ini tak siapa yang berani menjengah nya.

Dan satu perkara menarik perhatian aku untuk seketika, tindakan dan perkataan kami langsung sama dan serentak. Walhal, waktu itu jarak kami dipisahkan oleh dinding-dinding konkrit kejam. Lalu, sendiri aku senyum. Kebetulan atau tidak, itu cerita lain.

Monday, April 6, 2009

runut-runut rugla

Suatu masa itu, kamu teguh dengan pendirian. Teguh dengan prinsip kamu. Kononnya kamulah yang memegang kunci dunia, kamulah satu-satunya yang memiliki perisai terhebat. Dan, satu teori agung kamu selalu lupa: graviti adalah sentiasa menang. Kamu juga sering alpa bahawa detik waktu juga tak akan berhenti.

Lalu terjerumus ke kancah syurga dunia yang mana hanya dayang-dayang yang berkuasa. Di kepala kemaluan terletaknya otak . Perisai terhebat dibuang terus, dan kunci dunia dipatah-patahkan.


Kamu, yang suatu masa itu, teguh dengan pendirian dan prinsip.

Tetapi masa ini, kamu hanya mampu berkata:

“dude, manusia berubah dude!”

Saturday, April 4, 2009

Hotel Coral Essex


"We wont convince the jury. We're guilty till we die."
-The Bled

ok go..

"SaYerr SaNgAT PenAt, Oke~!!"

"muse, memang hebat Ok"

"ayat lu sangat lawak okei"



err,kenapa mesti ada okay kat blakang, okay?
silibus bahasa internet terbaru untuk nampak cool ke, okay?
aku pun mesti guna okay untuk setiap ayat aku ke, okay?
okay tu memang bermaksud okay ke, okay?


okay?

uh..

okay..

Tuesday, March 31, 2009

siri berjumpa dengan hantu (sila menjelma kembali)

Betul. Ini tidak bohong.
Siang tadi, pukul 2.15 petang. Waktu ke kelas, aku berjumpa dengan hantu.
Senyumnya manis, rambut paras dada, bersepatu converse dan bersweater merah.

Aku berjalan dibelakangnya dari aras bawah. Kami naik tangga bersama-sama.
sampai aras satu, tiba-tiba..



Poooft!!!


Hilang..

Tuesday, March 24, 2009

bangkit melawan atau tunduk ditindas

Bukan mahu pilih band, tapi yang band yang betul-betul "terlekat" pada aku hanyalah daighila, sharon stoned, always last, sarjan hassan, dan sudah tentu straight answer.
yup, persembahan sharon stoned patut diulang tayangkan. Betul2 havoc, betul-betul stoned. haha.. Dan tidak salah rasanya kalau vokalis sharon stoned itu buka dan kasi baju Spazz dia kat aku pada akhir persembahannya. Basah peluh pun, aku terima dengan tangan terbuka.lol


Dan persembahan straight answer, memang bertenaga. Sarat juga dengan mesej-mesej yang disampaikan sebelum setiap lagu bermula. Aku rasa ini adalah sangat penting, cakap mesej secara jelas dan jangan malu segan.

seterusnya,porno-porno terus dari Pekan Ampang.



sharon stoned,




daighila,




sarjan hassan,



straight answer,





Akhir sekali, nasihat kepada adik-adik true hardcore,
hardcore pun, hardcore juga.
tapi orang sekeliling kena la respek juga..
:-)