Monday, May 18, 2009

detik tiba.

Aku sekarang sedang memperasap pedang sutera aku, sebagai persediaan untuk melawan roh-roh jahat yang berani menggangu segala pelan aku. Seolah-olah enjin kereta mengaum, yang hanya perlu lepaskan clutch nya sahaja. Atau seolah-olah roket ke bulan, yang hanya menunggu detik countdown sahaja. Seolah-olah begitu, jangan dihalang momentum aku. Jika tidak, buruk padahnya.

Aku tidak perlukan bala tentera, yang hanya tahu marching up and down sahaja. Aku tak percaya kepada hentak-hantak boots mereka (walaupun, boleh meruntuhkan jambatan). Aku tetap dengan pedang aku sendiri. Apa yang halang, aku hunus. Apa yang melintang, aku tikam.

Dan sejahat-jahat roh jahat sekalipun, mesti ada titik lemah dia juga, kan.

Monday, May 4, 2009

aku tahu rahsia kalian.haha

Melangkah masuk ke laman musuh adalah satu langkah yang amat bodoh, kalau tanpa persiapan yang rapi. Tetapi, serapi mana pun tak kan boleh melawan spontan. Kerana spontan itu lebih cool, kata orang kebanyakan. Jadi dengan spontan, langkahlah kamu ke laman musuh dengan rasa penuh akward dan janggal, sambil kata dalam hati “this place is not belong to me!!” sebanyak tujuh kali. Ekpresi muka juga perlu dipilih sebetulnya, supaya dapat menipu musuh mahupun kenalan musuh yang mana merangkap kenalan kamu sendiri. Mereka tertipu atau tidak, itu bergantung kepada kesungguhan urat-urat muka yang membuat muka badut.

“Shhh…” Jangan sampai orang tahu yang kamu bermusuh dengan musuh kamu. Ini antara musuh dengan kamu. Hutang darah, dibayar darah. Tiada kaitan dengan pengembala kerbau. Tiada kaitan dengan kitaran alam yang lain. Ini soal revange.

Dan jika diberi pilihan, aku lebih rela untuk mengejar rusa kelabu rambut curly daripada memanjat gunung semata untuk memanah kucing hutan kurus yang suka main sms.


“Rusa kelabu, tunggu aku!”

Thursday, April 30, 2009

jaraknya dua alam jauh.


Chemistry, pada masa sekolah adalah subjek paling buat aku menyampah, aku benci. Tetapi chemistry dalam suatu perhubungan adalah suatu yang unik, yang amazing. Bila dua manusia, bertemunya jarang sekali. Tetapi saling mengenali. Minat, suka, benci, buruk, discusting, serabai, malas. Semua sifat dikongsi. Dikongsi bukan erti kata setuju sama setuju, tetapi dikongsi secara takdir. Takdir, yang tulisannya tak pernah dibaca oleh sesiapa manusia sekalipun dan sehingga ini tak siapa yang berani menjengah nya.

Dan satu perkara menarik perhatian aku untuk seketika, tindakan dan perkataan kami langsung sama dan serentak. Walhal, waktu itu jarak kami dipisahkan oleh dinding-dinding konkrit kejam. Lalu, sendiri aku senyum. Kebetulan atau tidak, itu cerita lain.

Monday, April 6, 2009

runut-runut rugla

Suatu masa itu, kamu teguh dengan pendirian. Teguh dengan prinsip kamu. Kononnya kamulah yang memegang kunci dunia, kamulah satu-satunya yang memiliki perisai terhebat. Dan, satu teori agung kamu selalu lupa: graviti adalah sentiasa menang. Kamu juga sering alpa bahawa detik waktu juga tak akan berhenti.

Lalu terjerumus ke kancah syurga dunia yang mana hanya dayang-dayang yang berkuasa. Di kepala kemaluan terletaknya otak . Perisai terhebat dibuang terus, dan kunci dunia dipatah-patahkan.


Kamu, yang suatu masa itu, teguh dengan pendirian dan prinsip.

Tetapi masa ini, kamu hanya mampu berkata:

“dude, manusia berubah dude!”

Saturday, April 4, 2009

Hotel Coral Essex


"We wont convince the jury. We're guilty till we die."
-The Bled

ok go..

"SaYerr SaNgAT PenAt, Oke~!!"

"muse, memang hebat Ok"

"ayat lu sangat lawak okei"



err,kenapa mesti ada okay kat blakang, okay?
silibus bahasa internet terbaru untuk nampak cool ke, okay?
aku pun mesti guna okay untuk setiap ayat aku ke, okay?
okay tu memang bermaksud okay ke, okay?


okay?

uh..

okay..

Tuesday, March 31, 2009

siri berjumpa dengan hantu (sila menjelma kembali)

Betul. Ini tidak bohong.
Siang tadi, pukul 2.15 petang. Waktu ke kelas, aku berjumpa dengan hantu.
Senyumnya manis, rambut paras dada, bersepatu converse dan bersweater merah.

Aku berjalan dibelakangnya dari aras bawah. Kami naik tangga bersama-sama.
sampai aras satu, tiba-tiba..



Poooft!!!


Hilang..